© 2018 oleh Akademi Latihan & Perundingan PEKA. Semua hakcipta dalam web ini milik Akademi Latihan & Perundingan PEKA

Persatuan Kaunselor Pendidikan Malaysia Mendunia

Pengenalan

Persatuan Kaunselor Pendidikan Malaysia (PEKA) telah ditubuhkan pada tahun 2004 di Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menyatukan kegiatan kaunselor-kaunselor organisasi dan Guru Bimbingan & Kaunseling (GBK) di KPM yang bersifat keilmuan dan kebajikan.  Sejak penubuhannya PEKA telah mempunyai keahliah yang ramai diseluruh negara. Setiap tahun PEKA telah mengadakan aktiviti bersifat latihan peningkatan ilmu dalam kalangan ahli dan menjalankan aktiviti kemanusiaan dan kesukarewanan. Terdapat juga aktiviti PEKA bergabung dengan Bahagian Psikologi dan Kaunseling KPM, dengan Jabatan-Jabatan Pendidikan Negeri dan Daerah serta bergerak dengan badan-badan sukarela yang lain (NGO’s).

 

Operasi persatuan adalah memfokus kepada bidang latihan dan motivasi terutama yang melibatkan kepakaran dalam bidang kaunseling dan perkhidmatan menolong. Persatuan adalah salah satu entiti persatuan di Malaysia yang menggabungkan bidang kepakaran kaunseling dan semua tenaga pakar tersebut adalah berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia di bawah Akta Kaunselor 580, 1998. Adalah menjadi kesalahan kepada mana-mana individu atau pertubuhan yang mengendalikan perkhidmatan kaunseling tanpa memperoleh lesen kaunselor daripada Lembaga Kaunselor Malaysia.

 

Persatuan sentiasa berpegang teguh kepada Akta tersebut dan Etika Profesionalisme Kaunseling dalam memberi perkhidmatan kepada semua pelanggan. Semua bentuk latihan kendalian syarikat dikendalikan oleh pakar dalam bidang tersebut dan kebanyakkan pakar diiktiraf di peringkat antarabangsa. Persatuan sentiasa komited untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan

Tujuan / Matlamat

  1. Persatuan ini ditubuhkan dengan tujuan untuk menjadi perunding dan penyelaras Persatuan-persatuan Kaunselor Pendidikan Malaysia yang berdaftar

  2. Memajukan amalan profesional dalam kaunseling

  3. Menggalakkan penyelidikan dalam kaunseling.

  4. Menggalakkan perkembangan ilmu, kefahaman dan penerimaan kaunseling di dalam konteks pelbagai budaya.

  5. Mengekalkan mutu yang tinggi dalam bidang profesional.

  6. Memupuk identiti, harmoni, kerjasama, kerja bersama-sama dan menjaga kebajikan di kalangan ahli yang berlainan latar belakang melalui perkongsian maklumat dan pengalaman

 

Objektif

  1. Kaunselor pendidikan dapat  berkumpul dari semasa  ke semasa  atas  nama  persatuan yang berdaftar untuk bertukar-tukar fikiran, berkongsi  maklumat, pengalaman dan berusaha meningkatkan taraf profesionalisme masing-masing.

  2. Menyebarkan budaya perkhidmatan kaunseling kepada masyarakat ramai supaya ahli masyarakat segenap lapisan tahu dan faham keperluan serta kepentingan perkhidmatan tersebut.

  3. Menggalakkan ahli-ahli bergerak cergas dalam masyarakat khususnya dalam kegiatan Bimbingan dan Kaunseling seperti mengadakan seminar, kursus, bengkel, latihan Amali, khemah kerja dan seumpamanya dengan mengenakan bayaran yang munasabah.

  4. Menggalakkan ahli yang layak berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia mengikut Akta Kaunselor 1998 (Akta 58o).

  5. Memberi pengiktirafan, penghargaan kepada ahli yang aktif, beriltizam tinggi   taraf   profesionalismenya  dan      telah   memberi    sumbangan   yang signifikan dalam bidang kaunseling.

  6. Memartabatkan atau meningkatkan prestasi   perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, menjaga kebajikan ahli di bawah naungannya untuk membangun warga negara Malaysia kearah kemajuan dan kesejahteraan.

  7. Bekerjasama   atau   bergabung dengan   badan-badan profesional   lain   bagi mencapai tujuan dan objektif persatuan ini.

  8. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh persatuan ini hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan persatuan ini. Sungguhpun begitu, peruntukan  ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja persatuan ini dengan syarat mereka telah memberikan perkhidmatan  kepada persatuan