© 2018 oleh Akademi Latihan & Perundingan PEKA. Semua hakcipta dalam web ini milik Akademi Latihan & Perundingan PEKA

Jurnal PEKA 

PANDUAN PENULISAN ARTIKEL JURNAL PEKA

PERSATUAN KAUNSELOR PENDIDIKAN MALAYSIA (PEKA)

 

1.0 OBJEKTIF

Garis panduan ini disediakan sebagai panduan kepada semua penulis yang ingin menerbitkan artikel jurnal bersama PEKA. Ia juga merupakan panduan kepada pihak Lembaga Editorial dan Penyelaras Jurnal PEKA dalam proses penerbitan jurnal-jurnal terbitannya.

 

2.0 PENGENALAN

Pejabat Penerbit PEKA menerbitkan dua buah jurnal iaitu: i. Jurnal Persatuan Kaunselor Pendidikan Malaysia (PEKA) i. Jurnal Kaunseling Psikoterapi Berperspektif Islam Sosial & ii. Jurnal Ilmi. Kedua-dua jurnal ini diterbitkan dua kali setahun dan terbuka kepada sumbangan artikel semua pihak. Sumbangan untuk tujuan penerbitan boleh dikemukakan sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang berkaitan dengan bidang Sains Sosial. Tumpuan utama artikel adalah dalam aspek penyelidikan dan pembangunan. Artikel yang dihantar untuk penerbitan hendaklah dalam bentuk berikut: a) hasil kerja penyelidikan; b) penemuan, kaedah atau aplikasi baru; c) penilaian sesuatu perkara secara kritikal

 

3.0 SYARAT PENERIMAAN

Artikel yang dihantar hendaklah belum pernah diterbitkan dalam mana-mana jurnal, prosiding atau seumpamanya. Penulis adalah bertanggungjawab untuk mengesahkan perkara ini. Artikel perlu dihantar dalam bentuk softcopy dengan mengikut format seperti Perkara 4.0. dan 5.0. Penulis dikehendaki menghantar satu salinan dalam bentuk softcopy sekiranya artikel diterima. Walau bagaimanapun, sekiranya penulis tidak menerima sebarang maklum balas dalam masa enam bulan dari tarikh artikel diserahkan, penulis bolehlah menganggap artikel 4 tersebut tidak diterima dan dia berhak untuk menerbitkan artikel berkenaan di penerbit lain. Penyerahan artikel yang tidak mengikut format yang ditetapkan akan dikembalikan semula untuk diperbetulkan.

 

4.0 PANDUAN PENULISAN JURNAL

  1. Tajuk makalah mestilah ditulis dalam bahasa Melayu, DAN bahasa Inggeris.

  2. Makalah boleh ditulis dalam bahasa Melayu ATAU bahasa Inggeris.

  3. Abstrak mestilah ditulis dalam bahasa Melayu, DAN bahasa Inggeris berserta kata kunci (keywords).

  4. Setiap artikel atau petikan yang diambil dari terbitan lain mesti diletakkan nota kaki sebagai rujukan.

  5. Makalah mestilah dihantar dalam bentuk softcopy

  6. Nama, gelaran, jawatan, alamat penuh, nombor telefon, dan butir-butir mengenai penulis hendaklah disertakan pada helaian hadapan sebelum tajuk artikel.

  7. Makalah hendaklah ditaip pada kertas putih bersaiz A4 sahaja, langkau 1.0 baris, menggunakan Font Times New Roman saiz 11.

  8. Penulis tidak boleh menghantar makalah yang telah ditulis oleh penulis lain atau makalah yang telah diterbitkan oleh media cetak, media elektronik atau lain-lain bentuk terbitan.

  9. Melampirkan bibliografi pada bahagian akhir makalah.

  10. Jumlah patah perkataan adalah antara 3,000 hingga 5,000 patah perkataan.

  11. Unit Penerbitan berhak menolak mana-mana makalah atau artikel yang tidak memenuhi syarat-syarat penerbitan seperti di atas.

 

5.0 FORMAT UMUM PENULISAN

Penyerahan awal manuskrip boleh dibuat dalam softcopy (format PDF). Penyerahan akhir (setelah artikel dinilai dan disahkan diterima untuk diterbitkan),perlu dibuat dalam dua bentuk iaitu hardcopy atau softcopy (format Microsoft Word) Bagi tujuan penyerahan awal, artikel perlulah ditaip menggunakan font jenis TIMES NEW ROMAN dengan langkau 1 ½ baris. Manakala bagi penyerahan akhir (setelah artikel dinilai dan dibuat pembetulan), artikel perlulah ditaip menggunakan font jenis TIMES NEW ROMAN dengan spesifikasi berikut:

 

i. Tajuk artikel

a. Saiz: 11 poin

b. Bold & UPPERCASE

c. Centered

 

ii. Nama Pengarang

a. Saiz: 11 poin

b. Bold

c. Centered

 

iii. Maklumat Pengarang

a. Saiz: 11 poin

b. Normal

c. Centered

 

iv. Abstrak:

a. Saiz: 11 poin

b. Normal

c. Justified

 

v. Kata Kunci:

a. Saiz: 11 poin

b. Normal

 

vi. Kandungan:

a. Saiz: 11 poin

b. Normal

c. Justified

 

vii. Rujukan:

a. Saiz: 11 poin

b. Normal

c. Justified

 

viii. Ukuran artikel dalam kertas A4 perlulah menggunakan jidar berikut:-

(a) Atas: 2.54 cm

(b) Bawah: 2.54 cm

(c) Kiri: 2.54 cm

(d) Kanan: 2.54 cm

6.0 SPESIFIKASI JARAK

Selain daripada panduan yang disenaraikan dalam Perkara 4.0 dan 5.0 di atas, penulis diminta supaya mematuhi panduan berikut dalam penulisan artikel.

 

  1. Nama pengarang perlu diletakkan di bawah tajuk artikel dengan diselangkan sebanyak dua baris

  2. Maklumat lanjut mengenai pengarang seperti; institusi dan e-mel perlu diletakkan di bawah nama pengarang pada muka surat pertama artikel berkenaan.

  3. Jarak di antara Tajuk dengan Nama Pengarang dan Abstrak dan di antara Abstrak dengan baris pertama teks ialah satu baris.

  4. Jarak di antara sub-judul dengan baris terakhir teks sebelumnya ialah satu baris.

  5. Jarak di antara sub-judul dengan baris pertama teks selepasnya ialah satu baris.

  6. Jarak di antara perenggan ialah satu baris.

  7. Mulakan sub-judul berserta nombornya dari jidar kiri.

  8. Mulakan baris pertama perenggan dari jidar kiri (tanpa ensotan).

  9. Jarak di antara ayat terakhir dengan Jadual, Rajah atau Ilustrasi ialah satu baris.

 

7.0 TAJUK DAN MAKLUMAT PENGARANG

Tajuk hendaklah ringkas dan padat. Di bawah tajuk pula perlu diletakkan nama penuh penulis artikel berkenaan Sekiranya penulis lebih dari seorang, nama ketua penulis perlu ditulis mendahului nama penulis-penulis lain. Maklumat lain yang perlu dinyatakan adalah nama institusi dan e-mel penulis.

8.0 ABSTRAK

Abstrak tidak boleh melebihi 200 patah perkataan. Ia perlu mengenal pasti subjek dan fokus ilmu/penemuan yang hendak dibentangkan serta kesimpulan hasil daripada rumusan pengarang. Sekiranya artikel ditulis dalam Bahasa Malaysia, abstrak perlu disertakan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

 

9.0 KATA KUNCI

Kata kunci terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga perkataan kata kunci yang diletakkan selepas Abstrak. Ia bertujuan memudahkan pencarian maklumat.

 

10.0 PECAHAN KANDUNGAN

Manuskrip terdiri daripada bahagian-bahagian berikut: Pengenalan, Sorotan Literatur, Kaedah, Keputusan, Perbincangan dan Rumusan. Setiap bahagian atau sub-bahagian hendaklah dinomborkan. Setiap jadual atau gambar rajah yang terdapat dalam manuskrip jurnal hendaklah lengkap, ringkas dan jelas serta diikuti dengan teks yang terdapat dalam petikan berkenaan. Jadual atau gambar rajah ini juga hendaklah dinomborkan secara teratur seperti Jadual 1, Jadual 2 dan seterusnya atau Rajah 1, Rajah 2 dan seterusnya. Tajuk jadual perlu diletakkan di bahagian atas jadual, manakala tajuk rajah pula perlu diletakkan di bahagian bawah rajah.

 

11.0 PENGHARGAAN

Penghargaan (jika perlu) boleh diletakkan di bahagian akhir manuskrip sebelum bahagian rujukan tidak lebih dari 50 patah perkataan.

12.0 RUJUKAN

Setiap rujukan yang digunakan untuk menghasilkan manuskrip jurnal yang lengkap hendaklah disenaraikan mengikut sistem abjad. Bahagian rujukan hendaklah diletakkan di bahagian akhir sesebuah manuskrip. Gaya penulisan rujukan adalah mengikut contoh yang berikut: Pengarang (nama akhir diikuti dengan nama pertama bagi pengarang utama dan nama pertama diikuti nama seterusnya bagi pengarang lain), tahun, tajuk, terbitan berkala

 

(italic), volume (nombor): termasuk nombor muka surat. Contoh: Hoyle, B. S. and Xu, L. A.

(1995). Ultrasonic Sensors. In: Williams, R. A. and Beck, M. S. (Eds). Process Tomography:

Principles, Techniques and Applications. Oxford: Butterworth-Heinemann. 119-149.

 

Rujukan-rujukan ini, sekiranya dirujuk di dalam kandungan teks artikel, perlulah menggunakan format “Penulis / Tahun”, contoh : (Haris 1990); yang diletakkan di hujung petikan / sedutan yang dirujuk. Sumber rujukan dari artikel jurnal adalah lebih diutamakan berbanding buku. Rujukan dari sumber internet perlulah dinyatakan dengan lengkap alamat laman web yang dirujuk. Di samping itu, tarikh maklumat itu dicapai perlulah dinyatakan. Rujukan dari laman blog internet amat tidak digalakkan.

 

13.0 HAK CIPTA

Semua artikel yang diterbitkan dalam Jurnal PEKA adalah menjadi milik mutlak Penerbit

PEKA. Penerbit PEKA berhak menerbitkan semula artikel ini dalam pelbagai bentuk lain

untuk tujuan ilmiah.

 

14.0 PENYERAHAN ARTIKEL

Artikel hendaklah dihantar mengikut format yang dinyatakan di bahagian 4.0 kepada:

 

Editor Jurnal PEKA / Jurnal Kajian Tindakan PEKA

Pejabat Penerbit Jurnal PEKA

Persatuan Kaunselor Pendidikan Malaysia (PEKA),

ROS Reg: PPM-012-16-30092004

No 23, Tingkt 1, Jalan AS 7/7,

Jalan Kristal, Seksyen 7

40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Emel: programpeka@gmail.com

 

15.0 TEMPOH PENYERAHAN ARTIKEL

Artikel untuk jurnal boleh dikirimkan sepanjang tahun. Jurnal akan diterbitkan 2 kali setahun iaitu pada Februari dan Oktober tahun semasa

 

 

16.0 YURAN PENERBITAN

Tiada yuran penerbitan dikenakan kepada penulis buat  masa ini

 

17.0 PENERANGAN & MAKLUMAT LANJUT

Penjelasan & maklumat boleh diperolehi dengan menghubungi talian berikut:

  1. +6014-3382689   : En. Muhammad Saffuan Abdullah

  2. +6017-651 8339  : Puan Salamiah Hasan