© 2018 oleh Akademi Latihan & Perundingan PEKA. Semua hakcipta dalam web ini milik Akademi Latihan & Perundingan PEKA

Counseling in Companies – (Pay As You Go Basis)
 

Statistik dan kajian yang dijalankan secara konsisten menunjukkan apabila perkhidmatan kaunseling diberikan dalam sesuatu setting pekerjaan, kadar ketidakhadiran pekerja berkurangan. Pelbagai sektor terutama di setting perkhidmatan awam dan sekolah telah mempunyai perkhidmatan kaunseling yang baik termasuk kemudahan asas bagi sesebuah pusat kaunseling; yang telah menjadi keperluan dan praktis terbaik dalam penyediaan perkhidmatan kaunseling kepada semua pekerja dan kumpulan sasaran. Bagaimanapun terdapat juga keperluan untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling di luar setting tempat pekerjaan atau keperluan kaunseling di luar waktu bekerja (dalam konteks ini sama ada malam, hari Sabtu, Ahad atau kelepasan Am). Keadaan ini menjadikan perkhidmatan kaunseling selesa dengan klien dan masyarakat apabila perkhidmatan ini telah dipercayai dapat membantu dalam proses perkembangan seseorang. 

 

PEKA COUNSELING CENTER dibangunkan untuk memberi perkhidmatan kaunseling kepada kumpulan sasaran sama ada di sektor swasta dan awam, termasuk komuniti dan masyarakat setempat di seluruh Malaysia terutama bagi masyarakat di sekitar Shah Alam, Klang dan keseluruhan negeri Selangor. Kehadiran panel pakar di seluruh Negara yang berdaftar dengan kami membolehkan perkhidmatan kaunseling dapat diakses oleh pelanggan di mana sahaja anda berada tanpa perlu melakukan perjalanan jauh.

Perkhidmatan korporat kami tidak mempunyai sebarang kos perkhidmatan tersembunyi, yang mana anda hanya perlu membayar untuk sesi yang dipersetujui bersama untuk dikendalikan dalam borang persetujuan. Kami percaya yang perkhidmatan dapat memberi kemudahan dan faedah yang tinggi kepada kumpulan sasaran berdasarkan yuran perkhidmatan yang bersesuaian. 

 

Sila berhubung dengan kami dengan senang hati di email programpeka@gmail.com untuk berbincang bagaimana perkhidmatan kami dapat memberi manfaat terbaik kepada anda.  

TATACARA PERKHIDMATAN 

 

Selepas anda menghubungi pihak kami dan melengkapkan beberapa soalan temubual oleh pegawai perkhidmatan pelanggan kami, anda akan menghadiri pertemuan pertama bersama kaunselor untuk sesi penilaian awal. Ini bagi memberi gambaran awal kepada kami untuk memahami keperluan dan ekspektasi anda sama ada keperluan perkhidmatan kaunseling adalah penyelesaian yang terbaik. Ini juga memberi ruang kepada anda untuk mendapatkan informasi dan bertanya sebarang persoalan di pusat, termasuk perkara berkaitan dengan kerahsian, undang-undang, syarat-syarat dan masa setiap sesi atau keperluan komitmen sesi dan kepercayaan termasuk perhubungan terapeutik dan professional.

Berdasarkan perbincangan awal yang telah dilakukan, anda boleh membuat keputusan berkaitan alternatif sesi atau mengikut keperluan jenis perkhidmatan kaunseling. Kami menawarkan perkhidmatan saranan seperti berikut:

o   Kaunseling Jangka Pendek (hingga 8 sesi pertemuan); atau

o   Sekali kepada sekali pertemuan sesi

Ini adalah perkhidmatan standard untuk sesi pertemuan

Sebagai ahli kepada Persatuan Kaunselor Pendidikan Malaysia dan Kaunselor Berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia, semua kaunselor yang memberi perkhidmatan sesi kaunseling di pusat ini adalah tertakluk kepada latar belakang etika yang ketat dan undang-undang Negara dalam Akta Kaunselor 580, 1998.

 

YURAN PERKHIDMATAN 

 

Kami adalah sebahagian daripada perkhidmatan sokongan kaunseling tetapi kami berusaha dengan terbaik untuk memberi perkhidmatan berkualiti kepada setiap pelanggan kami. Kadar yuran perkhidmatan adalah seperti perbincangan semasa sesi penilaian dilakukan dan berdasarkan kemampuan anda untuk membayar.

Bagi yuran perkhidmatan standard yang dikenakan adalah sebanyak RM 150 setiap satu sesi bagi Sesi Jangka Pendek. Sesi kaunseling secara ongoing dikenakan yuran perkhidmatan antara RM 150 - RM 200 atau berdasarkan perbincangan bersama pegawai.

Salinan perkhidmatan yang dijalankan oleh pihak kami bersama anda, akan diberi untuk keperluan kegunaan anda jika ada.

 

TEMU JANJI PERKHIDMATAN 

 

Untuk pendaftaran bagi pertemuan dan perbincangan awal, sila berhubung ditalian 03- (Isnin – Jumaat) bermula jam 10.00 pagi – 4.00 petang. Yuran pendaftaran untuk tempahan temujanji dikenakan sebanyak RM 35 dan tidak akan dikembalikan. Kami juga akan menghantar borang soal selidik sama ada secara email dan perlu dikembalikan beserta dengan yuran tempahan temu janji sebanyak RM 35 atas nama AKADEMI LATIHAN & PERUNDINGAN PEKA. Pihak kami akan menghubungi anda dengan segera untuk menetapkan tarikh temujanji. Tempoh menunggu akan mengambil  masa selewat-lewatnya dua minggu.

Sesi perkhidmatan kaunseling adalah di PEKA COUNSELING CENTER yang diadakan setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 10.00 pagi – 6.00 petang. Kami juga menawarkan waktu perkhidmatan mengikut keperluan pada hari Sabtu dan Ahad bermula jam 10.00 pagi – 4.00 petang.

Setiap sesi kaunseling mengambil masa antara 40-50 minit; dan setiap sesi pertemuan secara terperinci adalah berdasarkan keputusan Ketua Kaunselor setelah mendapat kaunselor yang sesuai dengan sesi yang akan dijalankan.

Kaunselor anda akan menghubungi anda terus untuk mendapatkan waktu dan hari yang terbaik bagi sesi kaunseling.

Semua sesi kaunseling dijalankan di PEKA COUNSELING CENTER bertempat di Shah Alam, Selangor.

Sekiranya terdapat keperluan dijalankan ditempat lain, yuran perkhidmatan tambahan akan dikenakan berdasarkan persetujuan bersama kaunselor anda.